![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhjstOIbq3O60p-iBpKQumZQbBcKt3XLbGkJ5VCSlnEKsuH9G2AeQtxok6tilyD-hcXeIyVi_3vXxWawCahkMT2xDjkrKsZX-INbfGw6kqD3yak6wdW8AwgamukKZXmnv-KFbFFZlyV3xc/s1600/Raya+Kami.png)
Sinopsis Raya Kami
Menjelang Ramadhan Zaidi dan Rahmah menyiapkan anak-anak mereka untuk memahami erti dan falsafah puasa yang bukan hanya sekadar menahan diri dari makan dan minum sahaja. Zaidi dan Rahma mengajar anak-anak mereka dengan cara menunjukkan tauladan pada anak-anaknya. Cara Zaidi dan Rahmah ini amat disukai dan disenangi oleh anak-anaknya. Anak-anaknya rasa tidak tertekan dengan tarbiah yang diberikan oleh mereka berdua. Zaidi dan Rahmah membuat keputusan untuk menunaikan umrah pada 10 terakhir ramadhan.Masalah timbul apabila mereka tidak mempunyai orang gaji atau pembantu rumah untuk menjaga anak-anak mereka. Nenek dan datuk dikampung Haji Zahari dan Hajjah Intan tidak mahu menjaga cucu-cucu mereka kerana mahu bersolat terawikh bersama penduduk kampong. Sebenarnya nenek dan datuk mengelek untuk menjaga cucu-cucu mereka dengan memberi alasan untuk berterawikh di kampung kerana mereka sebenarnya serik dengan kenakalan cucu-cucu mereka yang susah hendak di kawal itu.
0 comments
Posts a comment