![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgTE63IeooEMx9Nb3vEIV-fhLRC6zEd-uM9NDCET8lTlpTQgLqce77SpymsQ3D2rO9Tg9AHbOkKpCccrUx-KRMcLgOK6TpJlexGAbisbNnLQiJdHhFl7-xJHNK215qBTwE-6SrsAm_XBOs/s1600/Tentang+Hati+2.jpg)
Sinopsis Tentang Hati 2
Berkisar tentang Zakuan yang berkahwin dengan Azeya secara rahsia kemudian dikahwinkan pula oleh keluarganya dengan Shireen. Meskipun sukar Azeya terpaksa menerima keputusan suami dan keluarga mentuanya itu.Namun ternyata janjinya mahu bertindak adil kepada Azeya hanya sia-sia dan tidak dikotakan. Sebaliknya Zakuan telah mengabaikan Azeya kerana tidak mahu rahsia mereka terbongkar dan seterusnya hanya menumpukan perhatian kepada Shireen sahaja.
Malang buat Azeya kerana terpaksa meneruskan hidup bersendirian sambil membesarkan anak perempuannya yang bernama Qistina. Sementara itu hubungan suami isteri antara Zakuan dan Shireen pula dikurniakan anak lelaki yang sebaya dengan Qistina iaitu Qalish.
Setelah masa berlalu dan berbagai konflik terjadi, keadaan menjadi pulih dan Zakuan dapat bersatu semula dengan Azeya setelah Shireen sanggup bermadu.
Bagaimana pun Azeya kemudiannya nekad mahu berpisah dengan Zakuan dan akhirnya dia mengambil keputusan berkahwin dengan orang lain. Namun siapakah penghantar bunga misterinya bernama Zilzal yang berjaya membuka pintu hati Azeya dan seterusnya menerima lelaki itu sebagai suaminya?
Pelakon Tentang Hati 2
Aaron Aziz, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim, Rusdi Ramli, Syakilla KhoririDrama Tentang Hati 2
Jumlah Episod: 26Episod Semasa: TAMAT
Hari: Selasa-Khamis
Siaran: Selekta Prima TV2
0 comments
Posts a comment